Orang Baek!!

Friday 29 June 2012

Saudara Islam Belajar Solat...




SOLAT adalah tiang agama. Bagi orang Islam kewajipan solat adalah stu tuntutan yang amat besar ertinya. Banyak ayat al-Quran dan hadis yang membicarakan tentang solat. Bahkan pada hari ini, ada kajian sains dibuat dan didapati bahawa solat amat baik untuk kesihatan fizikal malah emosi manusia juga (saya sokong!!)

Yang membezakan antara umat Islam dengan bukan Islam adalah SOLAT!!



ada seorang saudara Muslim yang baharu ingin belajar solat. dia telah datang berjumpa dengan seorang sahabatnya...

Lee : "Mansur, saya ingin minta tolong daripada kamu."

Mansur : "Ya, katakanlah. Jika mampu tolong, saya akan tolong awak,"

Lee : "Kamu tahu saya baharu memeluk Islam bukan"

Mansur : "Ya,Alhamdulillah. Saya sangat gembira. Kawan-kawan kita semuanya gembira dengar tentang penghijrahan kamu."

Lee : "Tetapi saya masih mempunyai beberapa msalah."

Mansur : "Kenapa sahabat? Katakanlah, jika mampu saya tolong maka tanpa syarat saya akan tolong kamu. Apa masalahnya?"

Lee : "Boleh kamu ajarkan saya solat? Sudah sebulan saya Islam, namun tidak sekalipun saya solat."

Mansur : "Kenapa kamu tidak masuk ke kelas pengajian saudar Muslim?"

Lee : "Belum berkesempatan. Kamu tahulah kerja kita ini, susah ada waktu lapang. Nasib baik ada kamu dan kawan-kawan lain. Boleh saya belajar daripada kamu semua."

Mansur : "InsyaAllah saya akan ajarkan kamu. Malam ini kamu datang rumah saya. Pakai elok-elok, tutup aurat."

PADA PUKUL TUJUH ...(Lee dah dtg p umah mansur)

MEREKA PERGI MASJID.....




sampai di masjid, kebetulan bilal sudah iqamah. Dalam keadaan yang dingkat itu Mansur hnya sempat berpesan kepada Lee..Lee hanya perlu mengikuti Imam. Lee terus berdiri di belakang imam..

Solat sudah bermula. Takbir imam diikuti dengan baik oleh Lee.. menjadi kebetulan pula pada waktu itu, budak yang paling nakal di kampung berada di masjid.

Budak Nakal : "Nampaknya, orang cina itu seperti baharu masuk Islam. Tengok sahaja kain pelikatnya, amat kelakar sekali." (mereka kacau Lee)

Imam yang baharu habis takbir kemudian rukuk. Waktu ini budak nakal itu menarik kain Lee dengan kuat sekali..Akibat ikatan kain Lee tidak kuat, maka ia terurai..

Lee(dalam hati) : " Macam inikah solat? Mengikut kata Mansur tadi ikut sahaja apa yang orang lakukan."

Taktala itu, Lee mendepakan tangannya dan menyentap keras kain imam yang berada di depannya. Sentapan pertama tidak berhasil kerana ikan kain pelikat imam amat kemas dan Lee menyentap kali kedua dengan kuat sekali...

Imam itu menahan marah kerana kainnya telah dilondehkan dan menyebabkan dia hilang sabar. Lantas dia mengangkat kaki kanan dan menendang tepat di muka Lee..

Lee : "Aduh! Sakitnya..Ganasnya cara solat. Tidak aku sangka hingga ditendang dan berdarah hidung aku. Aku mesti melakukan perkara yang sama."

Dia lantas mengangkat kaki dan menendang-nendang sebanyak dua kali. Budak-budak nakal menerima habuan dari tendangan Lee dan akibatnya hidungnya patah dan berdarah..

AKHIRNYA SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH DIBATALKAN...

pengajaran:

~Islam itu mudah, maka permudahkanlah urusannya, jangan disulitkan. Namun, tidak pula bermaksud boleh mempermudahkan ajaran Islam itu. Penting bagi saudara baharu mendapat kefahaman bahawa Islam bukan gama yang susah difahami dan dipraktikkan. Menjadi tugas umat Islam untuk membantu dan mempermudahkan kefahaman tentang Islam buat golongan baharu ini..

-Assalamualaikum..selamat membaca sahabatku-

Friday 22 June 2012

Tidak Percayakan Tuhan...


           


Kepercayaan ATEIS telah lama wujud di dunia ini. Apakah ATEIS? Ateis bermaksud fahaman yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan.

Ada sebuah cerita yang diceritakan begini. Di dalam sebuah negeri di Tanah Arab, ada seorang manusia yang mulhid (Ateis). Dia percaya bahawa Tuhan itu tidak wujud, dan manusia serta alam semesta terjadi dengan sendirinya.

Pada suatu hari, penduduk negeri tersebut menyuarakan kebimbangan terhadap pegangan dan kepercayaan lelaki mulhid itu dan mereka ingin mengadakan perdebatan dengan manusia yang mulhid itu dengan seorang yang alim.

SETELAH BEBERAPA SEKETIKA..ORANG YANG ALIM ITU BELUM TIBA......

tiba-tiba....

si alim : Assalamualaikum ! ! !

orang ramai : Waalaikumsalam ! ! ! 

orang alim itu rupanya baru tiba...

si alim : "Maafkan saya kerana terlewat. Ada beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan telah berlaku sebentar tadi".

si mulhid : "Nampak sahaja alim, tetapi janji tidak ditepati. Kamu sudah lewat. Ke mana kamu pergi ?

Si alim : "Dalam perjalanan ke mari tadi, saya perlu menyeberangi sebatang sungai yang agak luas dan dalam. Namun pada ketika itu saya dapati tiada satu pun perahu yang ada untuk membawa saya. Tiba-tiba timbul beberapa keping papan dari dasar air sungai tersebut. Papan-papan tersebut kemudian bergerak dan bercantum sesama sendiri tanpa alat bantuan dengan pantas sekali. Dalam tempoh hanya beberapa saat, siaplah sebuah sampan yang cukup sempurna dan kukuh buatannya. Dengan itu dapatlah saya ke sini dengan mudah."

HADIRIN TERKESIMA...

Si mulhid : "Sesungguhnya lelaki yang kamu sangka alim ini adalah sakit otaknya. Lebih tepat lagi, dia ini sudah gila! Kalau dia dan kamu semua berfikiran waras, manakan mungkin sebuah sampan itu terjadi dengan sendirinya? Tentu ia memerlukan tukang untuk membuat dan menyiapkannya dengan sempurna."

Si alim : "Maka kamu yakin bahawa perahu itu tidak mungkin tercipta dengan sendirinya?"

Si Mulhid : "Benar, mana mungkin! Orang gila pun tidak akan percaya, apatah lagi orang yang waras.

Si Alim : "Sedarkah kamu bahawa secara fitrahnya kamu telah mengakui kewujudan Tuhan?"

Si mulhid : "Mana mungkin! Saya tidak pernah menyatakannya."

Si alim : "Adakah kamu kira alam semesta yang luas dan indah ini terjadi tanpa Pendiptanya? Sedangkan kamu sendiri mengaku sampan yang kecil dan mudah itu mesti ada yang mrnciptakannya? Secara fitrahnya, kamu sudah mengakui kewujudan Tuhan. Namun, secara zahirnya kamu mengingkari hal tersebut. Sesungguhnya kamu adalah dari kalangan mereka yang sesat dah rugi, Maka, bertaubatlah saudara.


PENGAJARAN :

~Manusia secara fitrahnya tidak menafikan akan kewujudan Allah. Namun, ia tidak diperakui secara zahir oleh mereka yang kufur kepada-Nya. Sebenarnya, jauh di sudut hati dan sering kali tanpa sedar mereka sentiasa memperakui akan kewujudan Allah.

Bukti kewujudan Allah itu terbentang luas di depan mata. Ia jelas dapat di lihat menerusi keagungan dan keajaiban penciptaan alam semesta beserta seluruh kehidupan di muka bumi ini. Sesungguhnya, beruntunglah orang-orang yang manu berfikir dan menghayatinya.