Orang Baek!!

Friday 22 June 2012

Tidak Percayakan Tuhan...


           


Kepercayaan ATEIS telah lama wujud di dunia ini. Apakah ATEIS? Ateis bermaksud fahaman yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan.

Ada sebuah cerita yang diceritakan begini. Di dalam sebuah negeri di Tanah Arab, ada seorang manusia yang mulhid (Ateis). Dia percaya bahawa Tuhan itu tidak wujud, dan manusia serta alam semesta terjadi dengan sendirinya.

Pada suatu hari, penduduk negeri tersebut menyuarakan kebimbangan terhadap pegangan dan kepercayaan lelaki mulhid itu dan mereka ingin mengadakan perdebatan dengan manusia yang mulhid itu dengan seorang yang alim.

SETELAH BEBERAPA SEKETIKA..ORANG YANG ALIM ITU BELUM TIBA......

tiba-tiba....

si alim : Assalamualaikum ! ! !

orang ramai : Waalaikumsalam ! ! ! 

orang alim itu rupanya baru tiba...

si alim : "Maafkan saya kerana terlewat. Ada beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan telah berlaku sebentar tadi".

si mulhid : "Nampak sahaja alim, tetapi janji tidak ditepati. Kamu sudah lewat. Ke mana kamu pergi ?

Si alim : "Dalam perjalanan ke mari tadi, saya perlu menyeberangi sebatang sungai yang agak luas dan dalam. Namun pada ketika itu saya dapati tiada satu pun perahu yang ada untuk membawa saya. Tiba-tiba timbul beberapa keping papan dari dasar air sungai tersebut. Papan-papan tersebut kemudian bergerak dan bercantum sesama sendiri tanpa alat bantuan dengan pantas sekali. Dalam tempoh hanya beberapa saat, siaplah sebuah sampan yang cukup sempurna dan kukuh buatannya. Dengan itu dapatlah saya ke sini dengan mudah."

HADIRIN TERKESIMA...

Si mulhid : "Sesungguhnya lelaki yang kamu sangka alim ini adalah sakit otaknya. Lebih tepat lagi, dia ini sudah gila! Kalau dia dan kamu semua berfikiran waras, manakan mungkin sebuah sampan itu terjadi dengan sendirinya? Tentu ia memerlukan tukang untuk membuat dan menyiapkannya dengan sempurna."

Si alim : "Maka kamu yakin bahawa perahu itu tidak mungkin tercipta dengan sendirinya?"

Si Mulhid : "Benar, mana mungkin! Orang gila pun tidak akan percaya, apatah lagi orang yang waras.

Si Alim : "Sedarkah kamu bahawa secara fitrahnya kamu telah mengakui kewujudan Tuhan?"

Si mulhid : "Mana mungkin! Saya tidak pernah menyatakannya."

Si alim : "Adakah kamu kira alam semesta yang luas dan indah ini terjadi tanpa Pendiptanya? Sedangkan kamu sendiri mengaku sampan yang kecil dan mudah itu mesti ada yang mrnciptakannya? Secara fitrahnya, kamu sudah mengakui kewujudan Tuhan. Namun, secara zahirnya kamu mengingkari hal tersebut. Sesungguhnya kamu adalah dari kalangan mereka yang sesat dah rugi, Maka, bertaubatlah saudara.


PENGAJARAN :

~Manusia secara fitrahnya tidak menafikan akan kewujudan Allah. Namun, ia tidak diperakui secara zahir oleh mereka yang kufur kepada-Nya. Sebenarnya, jauh di sudut hati dan sering kali tanpa sedar mereka sentiasa memperakui akan kewujudan Allah.

Bukti kewujudan Allah itu terbentang luas di depan mata. Ia jelas dapat di lihat menerusi keagungan dan keajaiban penciptaan alam semesta beserta seluruh kehidupan di muka bumi ini. Sesungguhnya, beruntunglah orang-orang yang manu berfikir dan menghayatinya.


3 comments:

SheeLittleSunshine said...

macam pernah tengok satu movie dulu tp tak ingat tajuk dia..
konsep cerita tu lbh kurg gak mcm entry ni..tk percaya pd agama..

masyi said...

saya follow keyh...

siti nur faradiyana mutussin said...

MyMy : emm..farah pun dpat crita nie dri buku..bla baca jak bru trfkr..hebat kn org alim tue bgi penerangan ma org mulhid tue tuk buktikn ma drng yg Allah tue wujud..=)